Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ)

Salam Sejahtera

Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim, (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)

Saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung ke laman web rasmi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga laman web ini membantu para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan sebagai sumber rujukan mengenai FSSK.

Pada laman web ini dimuatkan maklumat mengenai latar belakang dan organisasi FSSK, staf akademik dan pentadbiran, program-program akademik yang ditawarkan, hal ehwal berkaitan pengajian siswazah, penyelidikan, penerbitan dan aktiviti pelajar.

Pengunjung dijemput untuk melayari kesemua kandungan yang ada pada laman web ini dan berharap boleh dicapai ke pelbagai tapak web yang lain. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai kemuskilan, aduan, komen dan cadangan penambahbaikan mengenai laman web ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih kerana berkunjung ke laman web rasmi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

-Dekan FSSK-

Additional information